Penyerang Argentina, Lionel Messi (tengah) melepasi halangan pemain Uruguay dalam aksi persahabatan di Israel. FOTO AFP
AFP

LIONEL Messi menjaringkan gol penalti lewat ketika Argentina seri 2-2 menentang Uruguay dalam aksi persahabatan yang berlangsung di Israel pagi ini.

Perlawanan itu menyaksikan Messi berdepan rakan sepasukan di Barcelona, Luis Suarez, dan ia kelihatan semakin dibiarkan pemain Uruguay itu semakin mudah buatnya menjaringkan satu gol dan membantu menghasilkan jaringan untuk pasukannya mendahului 2-1 menuju ke masa kecederaan.

Namun bola terkena tangan pemain pertahanan Uruguay dalam dalam kawasan kotak penalti dan Messi dengan tenang menyempurnakan sepakan itu sekali gus memastikan perlawanan persahabatan itu berakhir dengan keputusan seri.

Terdahulu, Messi pemain berusia 32 tahun turut berkerja sama baik dengan penyerang Manchester City, Sergio Aguero untuk menjadikan kedudukan 1-1, selepas Edinson Cavani menjaringkan gol pembukaan.

Suarez menjaringkan gol dari sepakan percuma dari luar kotak untuk memberikan kelebihan pasukannya mendahului sebelum jaringan lewat penyamaan Messi.

Perlawanan itu dilihat sebagai satu kejayaan oleh penganjur dan detik penting buat Israel, berikutan pembatalan membabitkan satu perlawanan Argentina awal tahun lalu selepas tekanan daripada kempen pro-Palestine.

Keputusan

Argentina 2 (Aguero 63, Messi 90+2-penalti) Uruguay 2 (Cavani 34, Suarez 68)

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 November 2019 @ 9:02 AM