Federer tidak tahu bila akan bersara. FOTO EPA
Federer tidak tahu bila akan bersara. FOTO EPA
Reuters

ROGER Federer sebelum ini menyangka kariernya akan berakhir pada 2009 tetapi sedekad kemudian pemain berusia 38 tahun itu masih beraksi di gelanggang tenis.

Superstar Switzerland itu mengatakan dia hanya akan berhenti bermain sehinggalah tubuh badannya menyuruh untuk bersara.

Federer memenangi Grand Slam terakhirnya pada Januari 2018 sewaktu dia meraih gelaran keenam Terbuka Australia dan sejak itu juga menjuarai tujuh kejuaraan ATP untuk menjadikan 103 keseluruhan.

Federer yang menamatkan saingan di belakang Rafa Nadal dan Novak Djokovic dalam ranking dunia mengakui tidak dapat meramalkan tempoh akan bersara.

“Persaraan saya bergantung kepada kesihatan. Ketika ini saya tidak melihat sebarang keperluan untuk bersara,” kata pemenang 20 kali Grand Slam itu menjelang perlawanan pertunjukkannya di Afrika Selatan.

“Saya tidak terfikir akan beraksi melebihi usia 35, 36 sehinggalah sekarang. Saya berada dalam keadaan fizikal yang baik. Tidak dapat meramalkan bila akan berhenti.

Federer hanya ketinggalan enam gelaran di belakang Jimmy Connors yang memiliki 109 kejayaan dalam era Terbuka.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 November 2019 @ 4:46 PM