Meor Riduwan Meor Ahmad


KONTINJEN Malaysia memuktamad sasaran 70 pingat emas, 51 perak dan 105 gangsa pada Sukan SEA ke-30 di Filipina.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, sasaran 70 pingat emas itu dijangka meletakkan kontinjen Malaysia di kedudukan ke-4 terbaik dalam kalangan 11 negara

Asia Tenggara yang bertanding pada temasya dwi tahunan itu.

"Sekiranya sasaran ini berjaya dicapai, maka ia akan mengatasi pencapaian terbaik kontinjen Malaysia di luar Kuala Lumpur iaitu Sukan SEA 2007 Korat, Thailand dengan 68 pingat emas.


Syed Saddiq menyerahkan Jalur Gemilang kepada Megat Zulkarnain (kanan). FOTO NSTP/ZULFADHLI ZULKIFLI.

"Kita jangka sukan olahraga, gimrama, memanah dan boling padang dijangka menjadi penyumbang utama kutipan emas negara.

"Bagi sukan baru seperti E-sport dan sukan berhalangan juga mampu memenangi pingat emas berdasarkan prestasi semasa atlet," katanya.

Beliau berkata pada Majlis Penyerahan Jalur Gemilang  sempena perhimpunan akhir Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA 2019 di sebuah hotel di Bangi, hari ini.

Hadir Timbalannya, Steven Sim Chee Keong dan Ketua Kontinjen Sukan SEA 2019 Datuk Megat Zulkarnain Omardin.

  • Lagi berita berkaitan Sukan SEA Filipina 2019
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 November 2019 @ 2:19 PM