Ronaldo memenangi gelaran Pemain Terbaik Serie A. FOTO AFP
Agensi

CRISTIANO Ronaldo dinobatkan Pemain Terbaik Serie A pada hari yang sama Lionel Messi meraih Anugerah Ballon d'Or.

Pemain antarabangsa Portugal itu tidak menghadiri majlis Ballon d'Or di Paris kerana dia mengambil satu lagi trofi di Milan.

Messi meraih gelaran Ballon d'Or kali keenam bermakna dia berada di depan Ronaldo selaku pemenang lima kali.

Bintang Barcelona itu turut mengenepikan pemain pertahanan tengah Liverpool Virgil van Dijk yang tidak bernasib baik tidak memenangi anugerah itu biarpun meraih status pemenang Liga Juara-Juara (UCL), Piala Super Eropah dan Pemain Terbaik Tahunan Uefa.

Pemain berusia 32 tahun itu kelihatan pilihan utama dalam kalangan kaki pertaruhan selepas dokumen yang bocor kelihatan seperti Messi sebagai penerima anugerah itu menjelang majlis itu.

Tahun lalu dia berada di ranking kelima selepas mempamer satu lagi musim cemerlang mengetuai cabaran Barcelona dan tiada siapa dapat menafikan dia akan meraih anugerah kali keenam.

Ia kali pertama sejak 2015 ketika Messi menjulang anugerah itu dengan Ronaldo (dua kali) diikuti rakan sepasukan Real Madrid Luka Modric memenanginya pada tiga tahun berikutnya (2018).

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Disember 2019 @ 4:03 PM