Payet jaring gol penalti Marseille. FOTO AFP
Reuters

PEMAIN Marseille, Dimitri Payet menyempurnakan penalti dan membantu mencipta satu lagi gol ketika menang 2-0 di Angers sekali gus membolehkan pasukan itu menghampiri dua mata kepada pendahulu Ligue 1 Perancis, Paris St Germain.

Morgan Sanson meledak gol dan jaringan penalti Payet meletakkan pasukan di tangga kedua OM dengan 31 mata daripada 16 perlawanan, tatkala PSG mempunyai kelebihan aksi dua perlawanan.

Angers yang menerima kekalahan kedua berturut-turut jatuh di tangga ke lima dengan 24 mata.

“Kami mengepung bola di kawasan mereka dan menantikan mereka melakukan kesilapan. Ia berhasil,” kata jurulatih Marseille, Andre Villas-Boas.

“Kami mahu kekal padat, tidak memberikan mereka ruang dan menyerang ketika berpeluang.”

Pelawat mendahului jaringan pada minit ke-17 apabila Sanson meledak melepasi jangkauan Ludovic Butelle pada sudut sukar selepas menerima umpanan daripada sepakan percuma diambil Payet.

Payet kemudian menggandakan jaringan pendahuluan empat minit sebelum rehat selepas menyempurnakan penalti apabila Hiroki Sakai dijatuhkan Romain Thomas.


Penyerang Bordeaux, Josh Maja (kiri) meraikan jaringan bersama rakan sepasukannya. FOTO AFP

Sementara itu, Bordeaux melonjak di tangga ketiga dengan 26 mata selepas jaringan hatrik Josh Maja dan dua jaringan Otavio mencetus kemenangan bergaya 6-0 ke atas pelawat, Nimes.

Maja meledak tiga gol dalam masa 53 minit sebelum Nicolas De Preville dan Otavio menambah jaringan pada separuh masa kedua.

Lyon masih bergelut untuk beraksi konsisten tumpas 0-1 di gelanggang sendiri berdepan Lille.

Kemenangan yang membolehkan Lille berada di tangga ke empat dengan 25 mata selepas jaringan penyerang kebangsaan Perancis, Jonathan Ikone pada babak kedua manakala Lyon di kedudukan kelapan dengan 22 mata.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Disember 2019 @ 8:20 AM