Siti Safiyah beraksi dalam acara boling kategori masters wanita step-ladder di Sukan Sea. FOTO Bernama
Firdaus Hashim


HASRAT melihat kem boling negara menambah pungutan pingat emas tidak kesampaian apabila Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman sekadar meraih perak dalam kategori masters wanita akhir di Pusat Membeli Belah Starmall EDSA, Manila, hari ini.

Safiyah, 29, tewas dalam pertarungan stepladder penuh dramatik kepada wakil Singapura, New Hui Fen, 213-194.

Namun dia tetap gembira dengan pencapaian memenangi pingat pertama bagi acara masters di temasya utama.

Ia sekali gus menyaksikan Malaysia gagal mempertahankan emas acara masters yang dimenangi di Kuala Lumpur dua tahun lalu menerusi Shalin Zukifli.

  • Lagi berita berkaitan Sukan SEA Filipina 2019
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Disember 2019 @ 6:37 PM