Safee (kanan) ketika beraksi dalam saingan Liga Malaysia. FOTO File PJ City
BERNAMA

PENYERANG sensasi skuad Petaling Jaya City FC (PJ City) Safee Sali mengesahkan kekal bersama pasukan itu bagi saingan Liga Super musim depan di sebalik spekulasi mengenai rombakan besar-besaran pasukan itu.

Safee turut membayangkan musim depan pasukan itu bakal menampilkan beberapa muka baharu yang lebih berpengalaman dalam Liga Super bagi memastikan sasaran PJ City untuk menjadi antara lima pasukan terbaik liga tercapai.

"Siapa orangnya biarlah rahsia, tapi apa yang dapat saya katakan musim depan kita (PJ City) akan ada nama-nama besar arena bola sepak negara.

"Mereka akan membantu memantapkan lagi pasukan bagi menghadapi saingan pasukan-pasukan besar seperti Kedah, Johor DT dan Pahang," katanya ketika ditemui pemberita selepas kejohanan Piala Belia Eat Right To Play Right (ERTPR) anjuran syarikat insurans Zurich Malaysia, hari ini.

Safee yang juga bekas pemain kebangsaan dilantik sebagai duta program ERTPR yang menggalakkan pengambilan makanan bernutrisi dan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan kanak-kanak.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Disember 2019 @ 10:19 PM