SEAN Yee (kiri) meraikan kejayaannya memenangi pingat emas lompat tinggi wanita di Clark City, hari ini. — FOTO Aizuddin Saad
Saiful Affendy Sapran


KETIKA beberapa prospek emas kem olahraga negara gagal memenuhi sasaran, Yap Sean Yee melakar kejutan apabila memenangi pingat emas acara lompat tinggi wanita dengan ketinggian 1.81 meter.

Ia pastinya menjadi kejayaan paling manis buat Sean Yee selepas sekadar meraih gangsa di Kuala Lumpur dua tahun lalu.

Sean Yee berkongsi emas dengan Wanida Boonwan dari Thailand yangt turut mencatat ketinggian sama.

“Sebenarnya saya menyasarkan pingat emas dua tahun lalu di Kuala Lumpur tapi tidak berjaya.

“Saya hanya terus bekerja keras selepas itu kerana diberi peluang sekali lagi untuk beraksi kali ini dan akhirnya saya memenangi emas berkongsi dengan peserta Thailand.”

Duong Thi Viet Anh dari Vietnam meraih gangsa dengan ketinggian 1.78m.

Sementara itu kuartet 4x100m negara dibarisi Nixson Kennedy, Haiqal Hanafi, Khairul Hafiz Jantan dan Russel Alexander Nasir Taib meraih perak dengan catatan 39.78s, tewas di tangan Thailand.

  • Lagi berita berkaitan Sukan SEA Filipina 2019
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Disember 2019 @ 9:24 PM