Ancelotti akan ke London berbincang dengan Everton. FOTO REUTERS
Ancelotti akan ke London berbincang dengan Everton. FOTO REUTERS
Agensi

CARLO Ancelotti akan terbang ke London dalam tempoh 24 jam bagi mengadakan rundingan dengan Everton untuk menjadi pengurus baru mereka.

Ancelotti bakal duduk semeja dengan pemilik Toffees Farhad Moshiri dan pengerusi Bill Kenwright bagi membincangkan untuk mengendalikan skuad di Goodison Park.

Biarpun Arsenal sudah bercakap kepada peguam Itali itu namun mereka menyatakan tidak berada dalam posisi mengatur pertemuan dengan pengurus berusia 60 tahun itu bagi menggantikan Unai Emery.

Everton pula memanfaatkan peluang mencabar pesaing Liga Perdana itu dengan cuba untuk mendapatkan pemenang Liga Juara-Juara (UCL) itu selaku pengganti kepada Marco Silva, minggu depan.

Pertemuan minggu ini memberi gambaran bekas bos Chelsea dan AC Milan itu adalah pilihan utama untuk mengambil alih.

Dia tidak merasai perasaan seperti itu daripada Gunners selepas jawatankuasa pengambilan kelab itu seperti sengaja tidak memberi hala tuju jelas mereka.

Mikel Arteta dijangka menjadi pilihan popular manakala Patrick Vieira juga mendapat sokongan ketika mereka memerlukan seseorang yang sudah terbukti seperti Ancelotti tetapi Arsenal memikirkan orang lain.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Disember 2019 @ 4:20 PM