Pochettino (kiri) dikatakan pengganti Guardiola. FOTO REUTERS
Agensi

PEP Guardiola mempunyai klausa bebas dalam kontraknya yang menyaksikan dia boleh meninggalkan Manchester City pada penghujung musim ini.

Surat perjanjian ditandatangani oleh pengendali dari Sepanyol itu tahun lalu untuk kontrak lanjutan sehingga 2021 termasuk persetujuan dia boleh berhijrah dalam kempen musim ini sekiranya beberapa syarat dipenuhi.

Pegawai rasmi City yakin biarpun melalui musim sukar menyaksikan City tercicir 14 mata di belakang pendahulu Liga Perdana, Liverpool dan Guardiola perlu menghormati perjanjian ditandatanganinya.

Bagaimanapun, pelan semasa akan dinilai bersama pegawai rasmi di Stadium Etihad yang sememangnya meminati cara bekas bos Tottenham Mauricio Pochettino.

Pendedahan itu berkemungkinan akan menambah ketidak tentuan terhadap kempen mengecewakan yang dilalui oleh City.

Kekalahan City kepada United minggu lalu menamatkan segala harapan untuk gelaran liga kali ketiga berturut-turut.

Bagaimanapun City masih ada keinginan untuk memenangi Liga Juara-Juara (UCL) dan City melepasi saingan kumpulan dengan mudah.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Disember 2019 @ 5:15 PM