United mahu bawa Sancho (kiri) dan Eriksen ke Old Trafford. FOTO REUTERS
Agensi

MANCHESTER United dilaporkan yakin mereka mendahului saingan untuk mendapatkan bintang Borussia Dortmund Jadon Sancho.

Kelab itu juga mahu membuat pertukaran untuk membawa Christian Eriksen ke Old Trafford.

Mereka yakin untuk melengkapkan perjanjian untuk pemain berusia 19 tahun itu biarpun mendapat saingan sengit daripada musuh ketat, Liverpool dan Manchester City.

Eriksen yang mahu meninggalkan Tottenham juga berada dalam radar United dan kelab London itu membuka perbincangan untuk perpindahan jendela Januari.

Laporan media Britain menyebut Sancho mungkin tidak terbabit dalam perpindahan ke Anfield selepas Liverpool melengkapkan perbincangan untuk pemain sayap Red Bull Salzburg, Takumi Minamino.

Bos United Ole Gunnar Solskjaer mengeluarkan kenyataan penuh yakin ketika ditanya sama ada bintang utama Eropah tertarik untuk ke Old Trafford dan kelab itu memang sudah lama meminati Sancho.

Bekas pemain akademi City itu berdepan musim kedua yang sukar dalam saingan utama liga utama Jerman.

Disebabkan masalah disiplin, Sancho turut digugurkan daripada skuad Dortmund ketika menentang Borussia Monchengladbach pada Oktober lalu dan dipotong gaji selama seminggu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Disember 2019 @ 6:39 PM