Klopp (Tengah) Mengucapkan Tahniah Kepada Barisan Pemain Liverpool Antaranya Mohamed Salah Dan Andrew Robertson. Foto Reuters
Reuters

LIVERPOOL melonjak selesa dengan 10 mata di puncak Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan Watford 2-0 malam tadi, sementara pasukan di tangga kedua Leicester City seri 1-1 di gelanggang sendiri berdepan pasukan tercorot Norwich City, sekali gus menamatkan rekod lapan kemenangan berturut-turut the Foxes.

Aksi buruk Chelsea di peringkat domestik berterusan dengan kekalahan mengejut 0-1 di gelanggang sendiri berdepan pasukan bergelut Bournemouth, sementara pasukan yang baru dinaikkan pangkat Sheffield United melonjak ke tangga ke lima dengan kemenangan 2-0 ke atas Aston Villa.

Dengan pasukan di tempat ketiga Manchester City 17 mata di belakang Liverpool menjelang pertembung berdepan Arsenal hari ini.

Pasukan kendalian Juergen Klopp berada dalam kedudukan selesa menjelang jadual perlawanan sibuk nanti.

Pendahulu liga harus berterima kasih kepada bintang Mesir, Mohamed Salah di atas kejayaan terbaru mereka itu. Salah meledak dua gol masing-masing pada setiap babak permainan untuk memastikan the Reds memungut tiga mata.

Ia jauh daripada klasik Liverpool, tapi Klopp memuji corak permainan pasukannya untuk memastikan kemenangan itu.

“Ia seperti yang berlaku. Pada 1-0, itu adalah keputusan yang anda tidak harus mudah berpuas hati dalam perlawanan. Tiada masalah dengan itu.

“Terutama sekali pada Disember dan Januari, kamu harus menunjukkan daya tahan - ia adalah perkara paling penting.” kata pengendali warga Jerman itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Disember 2019 @ 11:39 AM