Hans Flick. FOTO File AFP
AFP

BAYERN Munich hari ini mengesahkan bos sementara, Hansi Flick akan kekal sebagai ketua jurulatih sehingga sekurang-kurangnya penghujung musim selepas mencatat lapan kemenangan dalam 10 perlawanan ketika dia mengambil alih pasukan itu.

“FC Bayern dan Hansi Flick sudah bersetuju bahawa dia akan kekal sebagai ketua jurulatih.. sekurang-kurangnya penghujung musim ini,” menurut kenyataan kelab itu.

“Kesinambungan daripada Hansi Flick sebagai ketua jurulatih melebihi tempoh itu boleh dipertimbangkan bagi FC Bayern.”

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Disember 2019 @ 10:28 PM