Nidzam mahu pemain import lengkapkan bahagian tengah. FOTO NSTP
Nidzam mahu pemain import lengkapkan bahagian tengah. FOTO NSTP
Asrol Awang


FELDA United FC mengesahkan akan melengkapkan kuota lima pemain import bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Pengendali kelab digelar The Fighters itu, Mohd Nidzam Jamil berkata, kehadiran seorang lagi import yang bertindak sebagai pemain tengah dalam usaha mengimbangi kelab itu.

"Bagi saya, pemain tengah import amat diperlukan pasukan untuk mengekang dan memperkasakan bahagian tengah selepas kehilangan beberapa pemain berpengalaman.

"Diharapkan dalam tempoh terdekat ini saya dapat mengenal pasti pemain import terbabit selepas Felda united menandatangani empat import baru-baru ini.

"Bagaimanapun, setakat ini saya tidak dapat mengesahkan pemain itu dari negara mana kerana misi utama adalah mendapatkan pemain yang benar-benar berkualiti," katanya.

Setakat ini, The Fighters sudah memiliki empat pemain import iaitu Khairul Amri Kamal dari Singapura, Ryutaro Megumi (Jepun), Nicholas Velez (Argentina) dan Nikola Raspopovic (Serbia).

Ini kerana Felda United tidak menyambung kontrak empat import musim ini iaitu dua pemain Jepun iaitu Kei Ikeda dan Masaki Watanabe serta Thiago Aquino dan Jocinei Schad, masing-masing dari Brazil.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Disember 2019 @ 1:49 PM