Diego Alonso. FOTO File Agensi
Diego Alonso. FOTO File Agensi
Agensi

PASUKAN baharu Liga Bolasepak Major (MSL) milik David Beckham, Inter Miami melantik Diego Alonso sebagai pengurus pertama mereka.

Warga Uruguay berusia 44 tahun, dipecat oleh kelab Mexico, Monterrey pada September walaupun membawa pasukan itu dengan kejayaan pada Liga Juara Concacaf 2019.

Alonso juga menghabiskan masa empat tahun di seteru Monterrey iaitu Pachuca membantu pasukan itu menjulang Liga Juara pada 2017.

“Ia bercita-cita tinggi dan projek mengenai kemenangan - itu yang saya fikirkan sekarang,” katanya.

Pengarah Sukan Inter, Paul McDonough menambah : "Kami melihat Diego sebagai seorang pengurus yang sesuai dengan budaya kami dan mempunyai kemahuan yang tinggi untuk membina kelab yang bercita-cita untuk menang demi peminat kami.”

Beckham bekas kapten England, yang beraksi buat pasukan MLS iaitu LA Galaxy dari 2007 hingga 2012, adalah pemilik dan presiden kepada francais terbaharu, dan mengumumkan nama kelab, latar dan perancangan stadium baharu pada September 2018.

Perlawanan pertama MLS adalah di Los Angeles FC pada 1 Mac ini.

Alonso menghabiskan sebahagian besar karier sebagai pemain profesional di Sepanyol dan beraksi di bahagian serangan buat beberapa kelab termasuk Valencia dan Atletico Madrid.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Disember 2019 @ 7:41 PM
Digital NSTP Subscribe