Julian Weig. FOTO File AFP
Julian Weig. FOTO File AFP
Reuters

JUARA Portugal, Benfica bersetuju dengan perjanjian bersama Borussia Dortmund untuk menandatangani perancang tengah Jerman, Julian Weigl sebanyak 20 juta Euro (RM91.76 juta) umum kelab itu hari ini.

Weigl, 24, tampil sebagai pemain tetap di barisan tengah Dortmund sejak menyertai pasukan itu dari 1860 Munich pada 2015, membuat 171 penampilan buat kelab itu dan memenangi DFB Pokal pada 2016-17 dan Liga Super Jerman awal musim ini.

“Julian dapat kepada kami untuk permintaan ini dan kami setuju - juga kerana khidmatnya kepada kelab,” menurut Pengarah Bahagian Sukan Dortmund, Michael Zorc dalam satu kenyataan.

“Kami berdoakan yang terbaik buatnya untuk masa depannya.”

Dortmund berkata perjanjian itu adalah bergantung kepada kejayaan pemeriksaan kesihatan, dengan Weigl dijangka menandatangani kontrak beberapa hari lagi.

Benfica mengungguli carta Liga Portugal dengan 39 mata daripada 14 perlawanan - empat mata mendahului pasukan di tempat kedua, Porto - dan akan beraksi di gelanggang lawan di Vitoria Guimaraes pada Sabtu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 January 2020 @ 5:52 PM