PEP Guardiola. FOTO AFP
PEP Guardiola. FOTO AFP
Agensi

PEP Guardiola memuji pemain mudanya dan mendakwa mereka berhak mendapat pengiktirafan kerana Manchester City tidak memberikan peluang bermain dengan mudah.

Taylor Harwood-Bellis menjaringkan gol profesional pertamanya ketika menang 4-1 victory ke atas Port Vale, manakala Tommy Doyle diturunkan dari bangku simpanan manakala Phil Foden kembali menampilkan aksi cemerlang.

Harwood-Bellis, bek tengah berusia 17 tahun dari Stockport, membuat penampilan sulung penuh di laman sendiri selepas tiga kali disenaraikan sebagai kesebelasan utama kelab.

“Sudah tentulah amat penting menurunkan pemain muda,” kata Guardiola.

“Ia bukan kerana mereka pemain Inggeris tetapi kami percaya mereka boleh melakukannya.

“Kami tidak berikan hadiah. Mereka perlu berusaha dapatkan sendiri. Dalam perlawanan seperti ini kami memberi ruang kepada semua.”

Doyle, pemain tengah yang diberi masa 13 minit selepas tampil dalam aksi sulung pada Piala Carabao awal musim.

Foden, pemain terbaik perlawanan menggandakan jaringan kepada dua angka.

Kedua-dua Harwood-Bellis dan Doyle dianggap bintang masa depan ketika jelajah pra-musim City di Asia, cemerlang ketika sesi latihan di Jepun.

Harwood-Bellis berpeluang mendapat peluang berikutnya dalam Piala FA meskipun Eric Garcia mendahuluinya dalam senarai keutamaan pemain.

“Taylor bermain cemerlang dalam Piala Carabao,” kata Guardiola.

“Sudah tentulah dia masih muda. Dia sudah menjaringkan gol buat City. Ia gol yang pelik tetapi yang penting dia bermain pada tahap terbaik.”

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 January 2020 @ 12:54 PM