Aidil mahu semua pemain mendapat peluang dalam enam perlawanan pramusim. FOTO NSTP
Aidil mahu semua pemain mendapat peluang dalam enam perlawanan pramusim. FOTO NSTP
Izzali Ismail


PENGENDALI Kedah Aidil Sharin Sahak mahu memastikan semua pemainnya mendapat peluang beraksi dalam enam perlawanan pramusim diatur Persatuan Bolasepak Kedah (KFA).

Saingan bermula 4 hingga 14 Januari itu akan menyaksikan skuad Lang Merah memulakan cabaran bertemu kelab Hong Kong Tai Po FC dalam slot ke saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) yang akan bermula pada 21 Januari ini.

"Kita akan memberi peluang kepada semua pemain membuktikan keupayaan mereka.

"Begitu juga perlawanan seterusnya kita akan menggabungkan kombinasi berbeza dengan apa yang diturunkan ketika menentang Kelantan semalam.

"Kita perlu membuat percubaan 'trial and error' bagi mendapatkan keserasian terbaik dan ia akan membuka peluang semua pemain mempamerkan keupayaan.

Aidil turut memaklumkan melalui enam perlawanan yang bakal ditempuhi Kedah dalam tempoh 10 hari di Kemboja ini juga merupakan tempoh melengkapkan diri sebelum Lang Merah bersedia menempuh aksi sebenar yang akan bermula pada 21 Januari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 January 2020 @ 7:06 PM