POGBA selamat jalani pembedahan. FOTO REUTERS
POGBA selamat jalani pembedahan. FOTO REUTERS
Reuters

PEMAIN tengah Manchester United Paul Pogba memuat naik sejumlah video pelik di media sosial selepas menjalani pembedahan buku lali awal pagi tadi sebelum mengesahkan prosedur berkenaan berjalan lancar.

Mungkin masih merasai kesan bius, Pogba memuat naik video di Instagram mengatakan dia tidak pasti sama ada dia ‘khayal atau tidak’ dia bersyukur masih hidup sebelum bercakap mengenai keinginannya memotong rambut.

Dia kemudiannya memadam semua kisah itu dan menggantikannya dengan video pendek di mana dia kelihatan lebih terurus.

“Saya sudah kembali. Semuanya berjalan lancar. Kami perlu kekalkan tenaga positif itu,” kata pemenang Piala Dunia dari Perancis.

“Anda perlu gembira, jadi saya letakkan sedikit muzik dan menari dengan satu kaki nampaknya... anda kenal saya, anda perlu terus tersenyum.”

Pogba yang hanya membuat lapan penampilan dalam semua kejohanan musim ini, berulangkali dikaitkan media Britain dengan perpindahan keluar United tetapi ejennya Mino Raiola memberitahu bulan lalu pemain tengah itu akan kekal di Old Trafford.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 January 2020 @ 11:56 AM