Pemandu Ferrari, Charles Leclerc (kiri) dana rakan sepasukan Sebastian Vettel (kanan). FOTO AFP
Agensi

PELUMBA Ferrari, Charles Leclerc berkata dia dan rakan sepasukannya Sebastian Vettel tidak akan bertembung antara satu sama lain sekali lagi di litar.

Perlanggaran mereka di Brazil pada penghujung musim lalu adalah kemuncak kepada beberapa siri kontroversi antara dua pemandu yang berjuang untuk menjulang kejuaraan.

"Kami sememangnya bersaing hebat dan kadang kala di litar kami mempunyai sedikit pergeseran," kata Leclerc.

"Namun pada penghujungnya kami cukup matang untuk menyedari apa yang berlaku di litar adalah di litar dan diluar daripadanya kami adalah berbeza."

Pelumba dari Monaco berusia 22 tahun, yang bercakap pada tembu bual bersama Autosport, menambah : "Apa yang paling penting adalah kami berkerjasama baik di luar litar untuk pembangunan pada kereta dalam cara yang paling terbaik dan sudah tentu kami tahu batasnya apabila kami di litar kita apa yang kita lihat di Brazil.

"Tetapi saya fikir ia adalah pengajaran yang baik buat kami berdua dan ia tidak akan berlaku lagi."

Terdapat berberapa siri pergeseran antara Leclerc dan Vettel musim lalu, ketika Ferrari memberi saingan sengit kepada pencabarnya.

Sebelum Brazil pada pertengahaan Novembe, salah satu daripada antara yang dramatik di Grand Prix Russia pada Septembe, apabila Vettel secara terang-terang tidak mematuhi arahan pasukan untuk membenarkan Leclerc memintasnya, sebagai peringkat akhir dari prosedur permulaan yang dirancang untuk memastikan pemandu berada di penamat satu-dua.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 January 2020 @ 1:34 PM