LO CELSO (kanan) menjaringkan gol bersama rakan sepasukan, Harry Winks. FOTO Reuters
AFP

TOTTENHAM Hotspur melangkah ke pusingan keempat Piala FA dengan Giovani Lo Celso menjaringkan gol menarik ketika membantu pasukannya meraih kemenangan 2-1 ke atas Middlesbrough pada pusingan ketiga hari ini.

Lo Celso yang dipinjamkan dari Real Betis meletakkan Tottenham di depan yang juga gol peribadi keduanya musim ini.

Pemain tengah Argentina itu nyata mempamerkan prestasi terbaik selepas melalui musim yang sukar.

Spurs memerlukan gol penyamaan Lucas Moura pada perlawanan pertama pusingan ketiga di Stadium Riverside awal bulan ini untuk mengikut Middlesbrough 1-1.

Namun kali ini, Spurs yang dibimbing Jose Mourinho melakukan lima pertukaran berbanding ketika tewas di tangan Liverpool minggu lalu dengan Christian Eriksen turut diturunkan.

Kesilapan penjaga gol Middlesbrough, Tomas Mejias membantu Spurs di depan seawal minit kedua.

Mejias cuba menghantar bola ke atas dengan cepat namun ia terus meluru ke arah Lo Celso yang kemudian merembat ke penjuru bawah gawang gol lawan.

Gol kedua Spurs hadir menerusi pemain sayap, Eric Lamela yang berjaya melepasi pertahanan Middlesbrough sebelum menjaringkan gol minit ke-15.

George Saville merapatkan jurang untuk Middlesbrough pada minit ke-83 namun ia sudah terlambat.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 January 2020 @ 8:14 AM