HENDERSON dinobat pemain terbaik England. FOTO Agensi
Reuters

JORDAN Henderson dan Lucy Bronze dinobatkan sebagai pemain terbaik England 2019, umum Persatuan Bolasepak (FA) England.

Kapten Liverpool itu mengatasi Raheem Sterling dan Harry Kane selepas berjaya membantu pasukan memenangi Liga Juara-Juara bersama kelab Merseyside itu.

Pemain berusia 29 tahun itu membantu England layak ke saingan Euro 2020 serta ketiga Liga Negara-Negara UEFA.

Bronze pula menerima anugerah untuk pemain terbaik wanita mengatasi Ellen White dan Beth Mead selain membantu Lyon memenangi Liga Juara-Juara, Mei tahun lalu.

Pemain berusia 28 tahun itu juga adalah antara tonggak yang membantu England mara sehingga ke separuh akhir Piala Dunia wanita di Perancis.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 January 2020 @ 12:25 PM