Bekas kapten skuad Black Stars, Charles Kwabla Akonnor di lantik jurulatih skuad Ghana. FOTO Agensi
Bekas kapten skuad Black Stars, Charles Kwabla Akonnor di lantik jurulatih skuad Ghana. FOTO Agensi
AFP

PERSATUAN Bolasepak Ghana melantik bekas kapten skuad Black Stars itu Charles Kwabla Akonnor sebagai jurulatih baharu mereka.

Akonnor perancang tengah pernah beraksi bersama kelab Jerman, Fortuna Koln dan Wolfsburg menggantikan Kwesi Appiah yang kontraknya tidak disambung pada Disember lalu.

Bekas ketua pasukan Black Stars itu akan dibantu oleh David Duncan - bekas pemain skuad bawah 23 tahun Ghana dan jurulatih bawah 17 tahun, menurut kenyataan dikeluarkan persekutuan itu.

Akonnor, 45, mempunyai pengalaman menguruskan gergasi liga perdana Ghana, Asante Kotoko dan Hearts of Oak.

Tugasan antarabangsa pertamanya adalah kelayakan Piala Dunia 2022 pada Mac ini.

Pihak GFA akan menyelesaikan jabatan teknikal buat pasukan kebangsaan pada bulan ini, dengan menyatakan tindakan itu adalah selari dengan visi persatuan menerusi pengurusan baharu untuk meningkatkan prestasi.

Penulis bola sepak Afrika, Sammie Frimpong berkata keputusan Persatuan Bolasepak Ghana melantik jurulatih baharu untuk mempelbagaikan kemampuan skuad kebangsaan dengan memulakan sesuatu yang baharu.

"Apapun tujuannya, permulaan yang baik memberikan peluang kepada Ghana untuk meningkat dari dekad ke dekad daripada satu harapan dan untuk kejayaan," kata Frimpong.

Ghana berada dalam ranking 50 teratas pasukan bola sepak kebangsaan lelaki dunia, membuat penampilan pertama pada Piala Dunia 2006. Kali terakhir Black Star menjulang kejuaraan keempat Piala Negara Afrika pada 1982.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 January 2020 @ 9:50 AM