In-bee beraksi di Four Seasons Orlando. FOTO AFP
In-bee beraksi di Four Seasons Orlando. FOTO AFP
AFP

JUARA Olimpik, Park In-bee dari Korea Selatan mencatat empat di bawah par 67 untuk mendahului dua pukulan selepas tamat pusingan ketiga Kejohanan Juara-Juara LPGA di Florida, pagi tadi.

Park membenam birdie dari jarak tiga meter di par-3 lubang ke-18 untuk mendahului empat pukulan tetapi bola pukulannya 1.2 meter melepasi ‘cup’ dan terlepas putt untuk menamatkan permainan dengan catatan 13-bawah 200 selepas 54 lubang di Four Seasons Orlando.

Ia menjadikan pemain berusia 31 tahun dari Seoul itu hanya dua pukulan mengatasi pemain ranking keenam, Kim Sei-young yang turut mencatat 67, manakala pemain Jepun, Nasa Hataoka ketiga dengan 203 dan pemain Perancis, Celine Boutier satu pukulan di belakang.

"Hari yang sangat bagus,” kata In-bee. “Bola saya menuju ke sasaran. Saya tidak mencipta kesalahan.

"Saya berharap putter saya bertambah baik selepas lubang terakhir agak mengecewakan. Tetapi keseluruhannya agak bagus dan saya beraksi dengan baik sejak tiga hari lalu.”

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 January 2020 @ 12:49 PM