PERLUMBAAN F1 GP Miami terus berdepan masalah selepas menerima bantahan dari penduduk setempat. FOTO Reuters
Reuters

FORMULA Satu (F1) dan penganjur Grand Prix (GP) Miami 2021 mengubah susun atur litar dan jadual perlumbaan selepas menerima bantahan dari penduduk setempat yang bimbang mengenai pencemaran bunyi dan udara.

Menurut satu kenyataan semalam, perubahan dibuat berdasarkan selama beberapa bulan dialog diadakan di antara penduduk, pegawai yang dipilih, pemimpin, peniaga tempatan dan pakar sains.

Litar yang akan diubah masih lagi berdekatan dengan Stadium Hard Rock iaitu gelanggang pasukan NFL, Miami Dolphins namun menutup jalan yang sering digunakan penduduk dikhuatiri akan menyebabkan masalah kesesakan jalan raya.

Penganjur juga berjanji untuk melihat semula jadual perlumbaan, jadi tidak akan ada sesi latihan sebelum tiga petang pada hari Jumaat untuk memastikan ia sesi persekolahan berjalan lancar tanpa gangguan.

Pesuruhjaya Miami Dade dijadualkan untuk berjumpa hari ini bagi membuat undian berkaitan dengan langkah membatalkan hak zon stadium dan menghalang daripada perlumbaan diteruskan.

Naib pengerusi dan ketua eksekutif Stadium Hard Rock dan Miami Dolphins, Tom Garfinkel berkata dalam kenyataan semalam, bahawa perlumbaan F1 akan memberikan peluang unik untuk menunjukkan keadaan di rantau itu kepada dunia.

“Kami mahu acara seperti ini memberi manfaat kepada semua di rantau ini, termasuk penduduk Miamir Gardens,” katanya.

F1 memang berminat untuk memperkembangkan lagi perlumbaan di Amerika Syarikat, selepas terdapat satu saja perlumbaan di Austin, Texas.

April lalu, F1 dan penganjur tempatan membatalkan perancangan untuk mengadakan perlumbaan di pinggir bandar selepas ahli peniagaan dan penduduk membatah cadangan berkenaan.

Mereka mengumumkan perancangan baru dengan menukar kawasan di persekitaran stadium, di mana kawasan berkenaan kepunyaan memilik Dolphins, Stephen Ross, yang berminat untuk menyumbang dana pembinaan litar serta kos perlumbaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 January 2020 @ 12:30 PM