Penyerang Derby County, Wayne Rooney. FOTO File Reuters
Reuters

WAYNE Rooney menjaringkan gol pertama buat Derby County ketika meledak gol pembukaan ketika tewas kepada pasukan bawahan Liga Kejuaraan, Luton Town, 2-3, pagi ini.

Bekas kapten England berusia 34 tahun, yang membuat penampilan pertama awal bulan ini, menemui semula sentuhan jaringan selepas menerima umpanan Duane Holmes pada minit ke 63.

Derby tidak dapat mengekalkan kedudukan mendahului jaringan dan tewas kepada gol sendiri Jayden Bogle ketika mereka menamatkan perlawanan dengan 10 pemain selepas Max Lowe diperintah keluar padang kerana menolak pengadil Andy Davies dua minit sebelum tamat perlawanan.

Mereka berada di kedudukan ke 16 dalam carta memungut 37 mata daripada 29 perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 January 2020 @ 7:53 AM