Paco Alcacer. FOTO File Reuters
Paco Alcacer. FOTO File Reuters
Reuters

VILLARREAL menandatangani penyerang Sepanyol, Paco Alcacer dari Borussia Dortmund, umum kelab La Liga itu hari ini.

Pemain kebangsaan Sepanyol, menjaringkan 12 gol dalam 19 perlawanan buat skuad kebangsaan, diikat dengan perjanjian selama lima tahun setengah di Estadio de la Ceramica.

Media tempatan melaporkan yuran perpindahan yang perlu dibayar Villarreal adalah rekod kelab iaitu 25 juta euro (RM112.66 juta).

Alcacer yang digilap bakatnya menerusi skuad remaja Valencia sebelum menyertai Barcelona pada 2016, menyertai Dortmund sekitar 2018 pada awalnya secara pinjaman sebelum memperoleh kontrak tetap.

Dikenali sebagai pemusnah di ruang kotak penalti, pemain berusia 26 tahun itu meledak 23 gol dalam 37 penampilan buat Dortmund dalam saingan Bundesliga termasuk lima daripada enam jaringan pada awal musim.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 January 2020 @ 9:58 AM