Odion Ighalo perkuatkan jentera serangan United. FOTO Agensi
Odion Ighalo perkuatkan jentera serangan United. FOTO Agensi
Agensi

ODION Ighalo terdesak melakukan penampilan pertamanya bersama Manchester United dan akan menyertai pasukan itu berdepan Chelsea minggu depan.

Bos United, Ole Gunnar Solskjaer, mengesahkan bekas penyerang Watford itu sedang berada dalam perancangannya bagi perlawanan Liga Perdana pada 18 Februari ini di Stamford Bridge.

Pemain yang dipinjam daripada Shanghai Shenhua itu adalah pembelian pada saat-saat akhir sebagai tambahan pemain ke Old Trafford.

Ketika skuad kendalian Solskjaer itu kekurangan penyerang utama selepas Marcus Rashford masih dilanda kecederaan.

“Dia (Ighalo) akan menyertai kami (ke Chelsea),” kata Solskjaer dalam laman web rasmi pasukan itu.

“Kami akan menilai tahap kecergasannya minggu ini dan saya fikir kami akan menjadikannya lebih tajam.

“Kami mahu menyediakannya dengan segera kerana apa yang pasti, dia juga terdesak untuk bermain bersama kami.”

Solskjaer kini berada di Sepanyol bagi memenuhi jadual waktu rehat pertengahan musim pasukannya.

Ighalo dilaporkan kembali ke England kerana sebab yang berada di luar kawalan kelabnya.

Selain penularan wabak koronovirus baharu dilihat faktor pendorong penyerang itu meninggalkan China.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Februari 2020 @ 12:01 PM
Digital NSTP Subscribe