WILLIAMS memuat naik gambar bersama anak keempatnya. FOTO Twitter Williams
WILLIAMS memuat naik gambar bersama anak keempatnya. FOTO Twitter Williams
Agensi

BINTANG ragbi New Zealand yang beragama Islam, Sonny Bill Williams memuat naik gambar kelahiran anak lelaki terbarunya Jumaat lalu hasil perkongsian hidup bersama isterinya, Alana.

Bekas pemain All Black itu memuat naik gambar Essa iaitu anak keempatnya di akaun Twitter miliknya.

“Essa Williams. Semoga yang paling berkuasa memberkati anda untuk menjadi seorang lelaki yang soleh, gembira, penyayang dan kuat. Saya sayang anda,” tulis Williams.

Hasil perkongsian gambar itu mendapat maklum balas yang sangat memberangsangkan daripada pengikutnya.

“Tahniah Sonny dan keluarga anda,” tulis seorang pemilik akaun di Twitter.

Williams kemudian memuat naik gambarnya sambil mendukung anaknya itu.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Anak dan ibunya berada dalam keadaan sihat. Tidak lagi berasa tekanan yang tinggi untuk kali keempat ini tetapi cinta kami terhadap anak ini tetap sama.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Februari 2020 @ 11:41 PM
Digital NSTP Subscribe