Lacazette jaring gol tunggal perlawanan. FOTO s AFP
Lacazette jaring gol tunggal perlawanan. FOTO s AFP
AFP

ARSENAL mencatat kemenangan 1-0 di Olympiakos dalam perlawanan pertama kelompok 32 terakhir Liga Europa pagi ini.

Jaringan lewat permainan di Greece itu membolehkan pasukan naib juara musim lalu mempunyai kelebihan bagi perlawanan timbal balik minggu depan.

Bintang Gunners, Pierre-Emerick Aubameyang mengejar bola hantaran jauh dan memastikan berada dalam permainan untuk mengumpan kepada Bukayo Saka sebelum pemain muda itu melakukan hantaran rendah sehingga membolehkan Alexandre Lacazette meledak gol pada jarak dekat pada minit ke 81.

Alexandre Lacazette (kiri) meraikan jaringannya. FOTO Reuters
Alexandre Lacazette (kiri) meraikan jaringannya. FOTO Reuters

Olympiakos mempunyai sekurang-kurangnya tujuh percubaan tepat berbanding enam oleh Gunners namun penjaga gol Arsenal, Bernd Leno bertindak cemerlang menggagalkan percubaan menembusi gawang.

“Ia adalah tugas saya untuk memastikan gawang tidak dibolosi,” kata warga Jerman itu.

“Pada penghujung saingan apabila anda memperoleh keputusan cemerlang, saya sangat gembira. Kami menang perlawanan ini dan mempunyai gol di tempat lawan jadi kami gembira.” kata Leno.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Februari 2020 @ 9:53 AM