LENCANA Real terpampang di papan iklan elektronik di depan tempat duduk Bartomeu. FOTO AGENSI
LENCANA Real terpampang di papan iklan elektronik di depan tempat duduk Bartomeu. FOTO AGENSI
Agensi

PRESIDEN Barcelona, Josep Bartomeu tidak sedar beliau menjadi bahan ‘prank’ semalam apabila lencana musuh tradisi, Real Madrid ditampal di papan iklan padang di depan tempat duduknya di Nou Camp.

Bartomeu berdepan dengan kontroversi di Barcelona yang menyaksikan pemain utama seperti Lionel Messi dan Gerard Pique meluahkan rasa tidak puas hati di media sosial mengenai pengurusan kelab berkenaan.

Beliau juga sudah menjadi kurang popular di kelab itu selepas memecat Ernesto Valverde Januari lalu dan Pengarah Sukan, Eric Abidal mendakwa para pemain sepatutnya bertanggungjawab di atas pemecatan berkenaan.

Ketika menonton di tempat duduk yang dikhaskan untuknya di Nou Camp tatkala kelab Catalan membelasaha Eibar 5-0, Bartomeu tidak sedar lencana musuh tradisi mereka itu ditampal di depannya sepanjang perlawanan berlangsung.

Insiden memalukan itu berlaku seminggu sebelum Barca berkunjung ke Bernabeu untuk berdepan Real bagi perlawanan ‘El Clasico’ yang sudah pasti bakal menjadi aksi penting menentukan siapa bakal meraih kejuaraan liga musim ini,

Satu program radio di Cadena Ser, mendakwa pengurusan Barcelona melantik konsultan ‘Data Analytics’ minggu ini yang dikenali sebagai I3Ventures untuk menyiarkan kisah di media sosial sekali gus menenggelamkan imej beberapa pemain serta bekas pemain bertujuan mempertingkatkan imej presiden.

Selain itu, penyokong juga sudah memulakan kempen menyingkirkan Bartomeu dengan menaikkan kadbod ‘Bartomeu Out’.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Februari 2020 @ 11:12 PM