LEWIS (tengah) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. FOTO AFP
LEWIS (tengah) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. FOTO AFP
AFP

BRENDAN Rodgers mengakui kecewa menyaksikan gol Kelechi Iheanacho dibatalkan sebelum Jamal Lewis meledak gol membantu kelab tercorot, Norwich mencatat kemenangan 1-0 ke atas Leicester City hari ini.

Norwich di bawah bimbingan Daniel Farke menamatkan badi gagal mencatatkan kemenangan pada empat perlawanan terakhir dan ia adalah tiga mata berharga kali kedua diperolehi kelab itu sepanjang 15 perlawanan liga.

Norwich bersiko untuk disingkirkan tetapi mereka diselamatkan oleh keputusan VAR yang menyaksikan gol Iheanacho tidak dikira kerana terkena tangan sebelum Lewis menjaringkan gol pada babak kedua di Carrow Road.

Leicester kekal di tangga ketiga tetapi hanya mencatatkan satu kemenangan daripada tujuh perlawanan terakhir liga selain gagal menjaringkan gol dalam tiga perlawanan berturut-turut dalam usaha mereka untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

Rodges kecewa dengan keputusan menerusi VAR apabila berkata: “Saya rasa ia keputusan yang tidak tepat. Kami kecewa kerana tidak mendapat gol itu kerana kami adalah pasukan lebih baik pada perlawanan ini.”

Farke pula bersetuju dengan keputusan itu apabila berkata: “Saya rasa ketika perlawanan sukar untuk melihat daripada mata kasar kerana ia terlalu pantas. Jadi adalah lebih baik menggunakan VAR.

“Bagi saya ia adalah keputusan yang normal jaringan itu dibatalkan. Kami beraksi di liga antara yang terbaik di dunia dan bertemu antara lawan terbaik di saingan liga dan keputusan ini amat menakjubkan.”

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Februari 2020 @ 8:03 AM
Kabinet Malaysia 2020