YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan surat cara pelantikan Perdana Menteri kelapan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Perdana Menteri Kelapan di Istana Negara hari ini. FOTO Bernama

Syazwan Msar

PENGALAMAN menyandang jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan sebelum ini bakal memberi impak besar kepada pembangunan sukan tanah air terutama bola sepak menerusi pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan negara.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, Perdana Menteri kelapan negara itu turut memperkenalkan Akta Pembangunan Sukan 1997 selain turut mempelopori proses menatrualisasikan atlet luar.

“Muhyiddin turut berperanan menganjurkan Sukan Komanwel 1998 dan juga perlumbaan Grand Prix Formula 1 yang pertama di Sepang pada 1999.

“Beliau bukan saja berkaliber malah tentunya memahami senario sukan tempatan, tuntuan sukan prestasi tinggi dan amalan tadbir urus terbaik,”katanya dalam satu kenyataan di laman sosial Facebook, hari ini.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan, hari ini.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, selesai menzahirkan istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri kelapan kepada Muhyiddin di Istana Negara.

  • Lagi berita berkaitan desas-desus pakatan baharu
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Mac 2020 @ 7:44 PM