HAMILTON bakal menjadi tumpuan bagi saingan F1 musim ini. FOTO REUTERS
HAMILTON bakal menjadi tumpuan bagi saingan F1 musim ini. FOTO REUTERS
Reuters

PERLUMBAAN Formula Satu (F1) akan memulakan saingan musim baru di Australia minggu depan dengan Lewis Hamilton cuba untuk mengejar rekod yang dikatakan mampu bertahan buat selama-lamanya.

Sebanyak 91 kemenangan dan tujuh kejuaraan yang dicatatkan oleh legenda Ferarri, Michael Schumacher dan sekarang ini pelumba Marcedes berada pada landasan terbaik untuk memintas rekod berkenaan.

Jumlah perlumbaan juga bakal menjadi pertarungan epik antara pelumba musim ini dengan buat kali pertama Vietnam bakal menjadi tuan rumah dan Grand Prix (GP) Belanda kembali diadakan semula.

Bagaimanapun, penularan wabak koronavirus memaksa GP China di Shanghai terpaksa dikeluarkan dari kalendar.

Jika tidak disusun semula, 22 perlumbaan akan dikurangkan kepada 21 saingan musim ini.

Juara dunia enam kali, Hamilton dan pasukannya akan menjadi tumpuan, dengan harapan mereka mampu meraih kedua-dua kategori seperti yang dilakukan enam tahun kebelakangan ini.

Hamilton, yang kontraknya bersama Mercedes bakal berakhir hujung tahun ini dan dihimpit pelbagai spekulasi mengenai penghijrahan ke pasukan baru, hanya lurang tujuh kemenangan untuk menyamai rekod Schumacher.

Bagaimanapun, sepanjang enam tahun kebelakangan ini purata jumlah kemenangan yang mampu diraih Hamilton ialah sebanyak 10 kali.

Selain rakan sepasukan, Valtteri Bottas sebagai pencabar utamanya, dia juga harus berwaspada dengan pelumba berbakat besar dari Red Bull, Max Verstappen dan wakil Ferrari, Chalers Leclerc.

Verstappen meraih tiga kemenangan tahun lalu dan adalah di antara terbaik berbanding lain untuk berada di belakang dua pelumba Mercedews.

Dia juga mampu untuk menggantikan Sebastian Vettel sebagai juara dunia termuda.

“Max adalah pelumba yang bakal menyerlah. Dalam apa jua jenis sukan akan ada generasi baru dan Max bersama Charles Leclerc bersedia untuk mengharungi musim mencabar.

“Saya rasa kita dapat melihat saingan penuh klasik,” kata prinsipal Red Bull, Christian Horner.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Mac 2020 @ 3:50 PM