LUAHAN Safawi di akaun Instagram.
LUAHAN Safawi di akaun Instagram.


PEMAIN pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid berang apabila dituduh curang dan kaki perempuan oleh beberapa blog yang menyiarkan berita tidak benar mengenai dirinya.

Enggan namanya tercemar dengan tajuk yang mengundang dan memberi persepsi buruk terhadap dirinya, Safawi tampil bersuara di Instagram Stories.

"Jangan nak kaitkan benda ini lagi. Benda ini dah lepas, kau nak laku macam-macam kau ‘throwback’.

"Kau kena jaga perasaan semua orang. Jangan nak ‘up’ kau punya ‘page’," tulisnya.

Terdahulu, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi hantaran di Instagram mendakwa kemerosotan mendadak pemenang anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) musim lalu itu disebabkan oleh tekanan daripada kekasihnya yang juga pelakon Syifa melvin untuk berkahwin dengan Safawi.

Susulan desakan itu, pemain Harimau Malaya itu dikatakan hilang fokus hingga gagal memberi aksi terbaik dalam padang.

Disebabkan perkara itu, ramai pihak membongkar kembali kisah lampau pemain itu yang dikatakan kaki perempuan serta berlaku curang apabila berkenalan dengan ramai wanita.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Mac 2020 @ 6:19 PM