GIROUD menjaringkan gol keempat untuk Chelsea. FOTO Reuters
GIROUD menjaringkan gol keempat untuk Chelsea. FOTO Reuters
Reuters

DUA gol masing-masing pada babak pertama dan kedua menyaksikan Chelsea meraih kemenangan 4-0 ke atas Everton sekali gus mengukuhkan kedudukan mereka di tangga keempat Liga Perdana Inggeris.

Berlangsung di Stamford Bridge, Mason Mount meletakkan Chelsea di depan minit ke-14 selepas menerima hantaran cantik Pedro.

Minit ke-21 giliran Pedro pula meledak gol kedua Chelsea selepas tenang menewaskan penjaga gol Everton, Jordan Pickford ketika situasi satu lawan satu.

Bersambung babak kedua, Willian mengukuhkan kedudukan Chelsea dengan meledak gol ketiga minit ke-51 selepas penyerang Brazil itu tidak dikawal.

Bintang antarabangsa Perancis, Olivier Giroud menambah gol keempat tiga minit selepas itu berpunca hantaran Willian.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Mac 2020 @ 12:04 AM