LIGA Juara-juara turut terkena tempias penularan wabak Covid-19. FOTO REUTERS
LIGA Juara-juara turut terkena tempias penularan wabak Covid-19. FOTO REUTERS
AFP

AKSI Liga Juara-Juara bagi saingan 16 terakhir perlawanan kedua antara Real Madrid dan Manchester City, Lyon berkunjung ke Juventus menjadi perlawanan berprofil tinggi terpaksa ditangguhkan berikuta penularan wabak Covid-19.

Pertahanan Juventus, Daniele Rugani didapati positif dijangkiti virus berkenaan, sehingga memaksa pemain dan staf juara Itali itu dikuarantin.

Pemain Real juga terpaksa diasingkan selepas salah seorang wakil kelab berkenaan dalam sukan bola keranjang didapati positif menghidap Covid-19.

Kedua-dua perlawanan itu sepatutnya berlangsung pada Selasa minggu depan (17 Mac).

Bagaimanapun, Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) dikatakan akan mengadakan mesyuarat hari ini dengan 55 wakil persatuan dan kelab bagi membincangkan saingan domestik, Eropah dan Euro 2020

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Mac 2020 @ 3:16 AM