X
Dries Mertens bersenam dengan botol ‘gergasi’. FOTO Agensi
Dries Mertens bersenam dengan botol ‘gergasi’. FOTO Agensi
Agensi

PENYERANG Napoli, Dries Mertens menggunakan botol arak ‘gergasi’ sebagai alat senaman untuk memastikan tahap kecergasannya ketika berada dalam tempoh kuarantin berikutan penularan koronavirus.

Pemain antarabangsa Belgium yang ketika ini tidak beraksi berikutan penggantungan musim Serie A Itali serta merta kerana penularan wabak koronavirus.

Mertens menyiarkan rakaman video aksi senamannya bersama botol berkenaan.

Tujuh pemain Serie A ketika ini didapati positif koronavirus ketika wabak berkenaan menular kepada beberapa pasukan di liga utama Itali itu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Mac 2020 @ 2:19 PM