X
IOC menetapkan untuk meneruskan acara Olimpik Tokyo di sebalik situasi penularan Covid-19. FOTO AFP
IOC menetapkan untuk meneruskan acara Olimpik Tokyo di sebalik situasi penularan Covid-19. FOTO AFP
Reuters

JAWATANKUASA Olimpik Antarabangsa (IOC) meletakkan kesihatan atlet elite dalam risiko apabila menyarankan mereka meneruskan latihan untuk sukan Olimpik Tokyo 2020 ketika penularan wabak koronavirus ujar juara lompat bergalah Olimpik, Katerina Stefanidi.

“Tiada sebarang penangguhan, tiada pembatalan. Tapi badan itu (IOC) meletakkan kami dalam risiko,” kata atlet Greece dalam temubual ekslusif.

“Kami semua mahu acara sukan di Tokyo dilangsungkan tetapi apa Plan B jika ia tidak dapat dilangsungkan? Mengetahui sebarang pilihan yang ada akan memberi kesan besar kepada latihan saya kerana saya mungkin mengambil risiko yang tidak sepatutnya. Namun jika mengetahui ada kemungkinan untuk Plan B ia sedikit sebanyak melegakan atlet,” tambah Katerina.

“Kami harus membuat keputusan sama ada mengambil risiko mengenai kesihatan dan meneruskan latihan dalam situasi kini.

Katerina bimbing risiko ketika persediaan menjalani latihan. FOTO File Agensi
Katerina bimbing risiko ketika persediaan menjalani latihan. FOTO File Agensi

IOC tidak memberi sebarang maklum balas mengenai komen berkenaan.

Komen Katerina turut disokong juara dunia heptathlon Britain, Katarina Johnson-Thompson.

Katarina berkata dia kembali ke rumah daripada perintah pengurungan di Perancis dan berasa tertekan untuk menjalani latihan.

“Pihak IOC menggalakkan atlet supaya terus menjalani latihan persediaan untuk Sukan Olimpik pada tahap terbaik yang mungkin. Ketika temasya sukan itu hanya tinggal empat bulan lagi tetapi undang-undang kerajaan menguatkuasakan pengasingan di rumah dengan trek, gym dan ruang awam ditutup,” katanya menerusi Twitter.

“Saya berasa tertekan untuk menjalani latihan dan meneruskan rutin yang sama seperti agak mustahil.”

IOC mengadakan perbualan bersama Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan pada Rabu dan pada hari sebelumnya mengulangi mereka komited meneruskan temasya sukan di ibu kota Jepun itu pada 24 Julai hingga 9 Ogos selain menyeru atlet meneruskan latihan.

“IOC kekal komited terhadap penganjuran Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan berbaki empat bulan lagi sebelum temasya bermula, tidak perlu sebarang keputusan drastik buat masa ini.” kata badan itu dalam satu kenyataan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Mac 2020 @ 9:24 AM