Pedro. FOTO File Agensi
Pedro. FOTO File Agensi
Agensi

PEDRO mungkin tamat kontrak di Chelsea tidak lama lagi, tapi pemenang Piala Dunia itu menegaskan dia tidak pernah berhenti berfikir mengenai masa depannya.

Pemain berusia 32 tahun, yang berpindah ke Stamford Bridge pada 2015 hanya beraksi satu daripada sembilan perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Dia dijadualkan menjadi pemain bebas dalam masa empat bulan apabila kempen liga tamat.

Bagaimanapun, penggantungan EPL berikutan pandemik koronavirus (Covid-19) bermakna masih belum pasti bila musim 2019-20 akan tamat.

Dengan itu, Pedro menegaskan apa langkah seterusnya untuk kariernya masih belum berada dalam mindanya.

“Saya akan menamatkan kontrak tapi ketika ini ia bukan perkara yang paling penting, begitu juga untuk tidak memikirkan mengenainya,” kata Pedro kepada Cadena Ser.

“Dari situ, apa yang harus dilakukan untuk masa depan saya, tapi ketika ini ia bukan antara perkara penting apabila anda tidak mengetahui bila anda akan kembali menjalani latihan semula.”

Pedro pemain antarabangsa Sepanyol menderma 3,000 skrin pelindung kepada hospital di negara kelahirannya, yang menyaksikan antara negara yang terjejas teruk berikutan penularan Covid-19.

Hampir 50,000 kes disahkan dengan hampir 3,500 kematian di Sepanyol membabitkan wabak itu.

“Barangan itu adalah sumbangan yang kecil dan apa sahaja yang boleh membantu adalah amat digalakkan,” tambah Pedro.

“Mereka dari hospital memberitahu kepada kami bahawa skrin pelindung adalah sebahagian daripada alat yang penting bagi mereka.

“Kami mahu menyumbang kepada peralatan skrin pelindung itu.”

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Mac 2020 @ 9:31 AM