Gambar Hiasan
Gambar Hiasan
BERNAMA

PERSEKUTUAN Hoki Asia (AHF) menangguhkan Kejohanan Piala Remaja Lelaki Asia 2020 dan Piala Juara-Juara Wanita Asia 2020 pada Jun, ke satu tarikh yang akan diumumkan kemudian akibat pandemik Covid-19.

AFH menerusi laman sesawang mereka; www.asianhokey.org menyatakan penangguhan itu tidak dapat dielakkan dan ia dilakukan bagi menjaga keselamatan dan kesihatan atlet, pegawai dan peminat hoki.

Disamping itu membolehkan satu kejohanan yang lebih adil dan berjaya diadakan pada satu tarikh kelak.

“Kami seperti anda juga kecewa kerana perkara ini perlu dilakukan dan kami sedang bekerja rapat dengan tuan rumah kejohanan, bagi menetapkan tarikh baharu secepat mungkin,” katanya.

Pada asalnya Kejohanan Piala Remaja Lelaki Asia 2020 dijadualkan pada 4 hingga 12 Jun, di Dhaka, Bangladesh, manakala Piala Juara-Juara Wanita Asia 2020 pada 14 hingga 21 Jun di Domghae, Korea Selatan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Mac 2020 @ 1:13 PM
Digital NSTP Subscribe