Reuters

BARCELONA mengambil langkah pemotongan gaji pemain dan staf bagi mengurangkan impak ekonomi susulan wabak Covid-19, menurut kelab La Liga itu awal pagi tadi.

Semua pemain profesional di Barcelona termasuk pemain terbaik dunia enam kali, Lionel Messi dan kakitangan lain akan dikenakan pemotongan gaji. Langkah itu diumumkan pengarah kelab selepas mensyuarat lembaga pengarah menerusi sidang video.

Bagaimanapun, kelab Catalan itu tidak memberikan butir lanjut skala pemotongan gaji ke atas semua yang terbabit.

Sepanyol berdepan kawalan pergerakan pada 14 Mac lalu yang hanya membenarkan orang ramai keluar rumah untuk membeli barang keperluan dan bakal dilanjutkan selepas tempoh 15 hari tamat.

Semua aktiviti bola sepak di Sepanyol digantung angkara Covid-19 yang setakat ini membunuh lebih 4,000 orang dan menjangkiti 56,000 yang lain.

"Penggantungan kejohanan susulan pandemik Covid-19 di samping membatalkan semua aktiviti sukan dan bukan sukan turut membabitkan kelab kami,” kata kenyataan itu lagi.

Kelab turut mengambil beberapa langkah untuk mengurangkan kesan selain meminimakan impak ekonomi akibat krisis itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Mac 2020 @ 7:56 AM
Digital NSTP Subscribe