LLORENTE (kanan) meraikan jaringan keduanya ketika bertemu Liverpool pada pusingan kedua Liga Juara-Juara di Anfield bulan lalu. FOTO Reuters
LLORENTE (kanan) meraikan jaringan keduanya ketika bertemu Liverpool pada pusingan kedua Liga Juara-Juara di Anfield bulan lalu. FOTO Reuters
Agensi

PEMAIN tengah Atletico Madrid, Marcos Llorente mendedahkan nama anjing belaannya dan ia mungkin kurang disenangi oleh penyokong setia Liverpool.

Atletico meraih tempat ke suku akhir Liga Juara-Juara menerusi kemenangan dramatik ke atas juara bertahan, Liverpool bulan lalu dan Llorente adalah hero pasukan pelawat apabila meledak dua gol pada masa tambahan untuk argegat 4-2.

Mungkin untuk mengingati malam kemenangan itu, Lliorente menamakan anjingnya ‘Anfield’.

“Anfield menyaksikan dunia berlalu,” tulis Llorente di Instagram miliknya dengan disertakan gambar anjingnya.

Llorente dan Anfield pastinya banyak menghabiskan masa terluang ketika ini selepas Sepanyol perlu menjalani arahan perintah berkurung berikutan pandemik Covid-19 yang menjejaskan aksi bola sepak di seluruh dunia.

Awal minggu ini, Atletico mengumumkan kelab terpaksa mengambil tindakan untuk memotong gaji kakitangan buat sementara susulan wabak itu.

Ketua Pegawai Eksekutif kelab itu, Miguel Angel Gil berkata, langkah itu akan memberi kesan kepada 500 kakitangan demi kelangsungan hidup kelab.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 April 2020 @ 8:39 PM