KESIHATAN Dalglish dilaporkan semakin baik. FOTO AFP
KESIHATAN Dalglish dilaporkan semakin baik. FOTO AFP
Agensi

“DIA sudah mula merungut dan itu bermakna dia semakin baik.”

Demikian kata Kelly Cates mengenai situasi bapanya, legenda liverpool, Kenny Dalglish yang sudah semakin pulih daripada pandemik Covid-19.

Dalglish, 69, didapati positif wabak itu selepas menjalani satu rawatan lain di hospital minggu lalu tetapi dia kemudian dibenarkan untuk keluar hospital pada Ahad lalu.

“Dia baik-baik sahaja,” kata Cates ketika bertugas secara langsung di Radio 5 BBC.

“Ibu saya memerlukan bantuan untuk membersihkan halaman rumah, jadi kami memerlukan bantuannya (Dalglish) secepat mungkin.

“Dia belum pulih 100 peratus tetapi tidak situasinya juga tidak terlalu teruk,” katanya.

Bekas penyerang Scotland itu memenangi Liga Scotland sebanyak empat kali di Celtic sebelum berhijrah ke Liverpool pada 1977.

Di Anfield, sumbangannya termasuklah membantu kelab memenangi lapan kejuaraan liga sebagai pemain dan pengurus dan tiga Piala Eropah.

Dalglish adalah pengurus ketika tragedi Hillsborough pada 1989 yang menyaksikan 96 penyokong setia Liverpool maut.

Dalglish juga membantu Blackburn Rovers memenangi Liga Perdana Inggeris sebagai pengurus pada 1995.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 April 2020 @ 10:07 AM