Kartunis legenda Paul Trevillion di studio miliknya. FOTO Paul Trevillion
Kartunis legenda Paul Trevillion di studio miliknya. FOTO Paul Trevillion
Agensi

ADAKAH anda berhasrat melukis potret Lionel Messi? Jadi inilah peluang anda.

Terima Kasih kepada legenda kartunis sukan, Paul Trevillion, anda boleh melukis legenda Barcelona dengan beberapa tips mudah dan pantas.

Sunsport mendedahkan terdapat beberapa cara termasuk melukis gambar potret dan aksi bintang Argentina itu.

Ia adalah cara terbaik menghilangkan bosan sepanjang tempoh perintah berkurung berikutan Covid-19. Jadi tiada alasan untuk mengambil pensel dan cuba melakukannya!

Langkah melukis potret dan aksi Messi. FOTO Paul Trevillion
Langkah melukis potret dan aksi Messi. FOTO Paul Trevillion

Bagaimana melukis potret Messi :

Lukiskan bentuk oval untuk kepala kemudian garisan dari atas ke bahagian bawah bentuk oval diikuti garisan selari ke kiri kerana Messi kelihatan melihat dari arah berkenaan.

Kemudian gariskan bentuk rambut, mata, hidung dan mulut. Dengan melengkapkan beberapa langkah-langkah seterusnya anda mendapati lukisan potret Messi berjaya dilukis.

Bagaimana melukis aksi Messi :

Di sini terdapat beberapa perkara perlu ada, tanpa pengalaman diperlukan - cuma panduan dan latihan.

Bentuk oval pada kepala, kemudian lukis garis rangka tulang, bahu, dada, tangan dan kaki. Dengan melengkapkan langkah-langkah berikut anda akan mendapati bentuk badannya berkembang kepada peringkat akhir.

Malah anda yang baharu pertama kali memegang pensel boleh melukis bentuk dan menghasilkan skil yang tidak pernah ketahui.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 April 2020 @ 6:46 PM