Bekas pengendali Arsenal dan PSG, Unai Emery. FOTO File Agensi
Bekas pengendali Arsenal dan PSG, Unai Emery. FOTO File Agensi
Agensi

BINTANG Brazil, Neymar di tuntut untuk 'merampas' gelaran pemain terbaik dunia daripada Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi ujar bekas pengendali Arsenal dan PSG, Unai Emery.

Neymar memulakan karier di kelab Brazil, Santos sebelum berpindah ke Barcelona pada 2013 dan memenangi dua kejuaraan La Liga serta Liga Juara-Juara di Nou Camp.

Penyerang berkenaan melakukan perpindahan mengejut ke PSG tiga tahun lalu dan meneruskan aksi cemerlang di ibu kota Perancis dengan menjaringkan 69 gol dalam 80 perlawanan dan memenangi tiga kejuaraan liga negara itu.

Emery mengakui pengalaman berkerja bersama Neymar cukup 'hebat' ketika dia mengendalikan skuad PSG dan berkata pemain Brazil itu boleh mengambil alih daripada Ronaldo dan Messi sebagai pemain terbaik.

Neymar (kanan) sehebat Cristiano Ronaldo (kiri) dan Lionel Messi. FOTO File Agensi
Neymar (kanan) sehebat Cristiano Ronaldo (kiri) dan Lionel Messi. FOTO File Agensi

Ronaldo dan Messi adalah dua pemain terbaik dalam sejarah bola sepak dan memenangi 11 daripada 12 gelaran anugerah Ballon d'Or.

"Pada tahun saya melihat dia [Neymar] ia hebat," kata Emery bekas pengurus Arsenal dan PSG itu.

"Saya banyak belajar daripada melihatnya memberi maklum balas dalam setiap sesi latihan dan perlawanan.

"Neymar mempunyai naluri bola sepak semula jadi tapi juga mempunyai tahap dan syarat tertentu melaksanakannya.

"Saya fikir dia berdepan peluang untuk mengambil alih daripada Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo untuk menjadi pemain terbaik dalam dunia, dan dia mempunyai masa melakukannya.

Emery memenangi beberapa trofi kejuaraan di PSG namun bergelut ketika bersama kelab Liga Perdana, Arsenal dan dipecat hanya selepas 16 bulan mengambil tugas itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Mei 2020 @ 3:14 PM