SCARONI akui pemain Milan perlu menyesuaikan diri dengan kehidupan bersama Covid-19. FOTO Agensi
SCARONI akui pemain Milan perlu menyesuaikan diri dengan kehidupan bersama Covid-19. FOTO Agensi
AFP

PRESIDEN AC Milan, Paolo Scaroni mendedahkan semalam ada di antara ahli skuadnya masih dalam rawatan Covid-19.

Serie A ditangguhkan sejak pertengahan Mac lalu tapi Menteri Sukan Itali, Vincenzo Spadafora berkata, beliau berharap latihan berkumpulan dapat diteruskan pada 18 Mei.

"Kami masih mempunyai pemain yang dijangkiti berada dalam proses pemulihan," kata Scaroni kepada media tempatan.

Scaroni percaya bola sepak Itali perlu hidup di samping Covid-19 dan mengambil contoh kepada Bundesliga yanga akan bermula pada 16 Mei.

"Kami harus menyesuaikan diri tinggal bersama dengan virus ini dan ia juga akan diterapkan dalam bola sepak.

"Ia bukan mustahil untuk terus memerangi virus ini sehingga tanpa jangkitan. Secara asasnya kita boleh mengikuti formula Jerman yang meletakkan pemain kurang sihat dalam kuarantin, manakala rakan-sepasukan lain meneruskan cabaran.

Pengarah teknikal Milan, Paolo Maldini bersama anaknya berusia 18 tahun, Daniel sudah sembuh daripada virus berkenaan.

"Maldini dan anaknnya berada dalam keadaan baik. Ada juga pemain menunjukkan peningkatan tapi kami mahu kembali bermain," kata Scaroni.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Mei 2020 @ 7:23 AM