BARBER yang juga ketua eksekutif Brighton tidak bersetuju dengan perancangan Projek ‘Restart’. FOTO AFP
BARBER yang juga ketua eksekutif Brighton tidak bersetuju dengan perancangan Projek ‘Restart’. FOTO AFP
Agensi

PERANCANGAN Projek 'Restart' Liga Perdana Inggeris (EPL) boleh 'mengancam nyawa' jika saingan berkenaan dilangsungkan ketika pandemik Covid-19 masih lagi menular.

Ketua Eksekutif Brighton, Paul Barber berkata, mereka harus berhati-hati dalam membuat keputusan agar ia tidak tersalah langkah.

Kelab EPL akan mengadakan perbincangan lagi esok melalui sidang video dengan topik bakal diutarakan ialah bagaimana untuk melengkapkan baki 92 perlawanan musim 2019-20.

Semalam, Watford menjadi kelab ketiga menentang baki aksi EPL diadakan di gelanggang neutral, dengan Pengerusinya, Scott Duxbury berkata, liga mempunyai tanggungjawab untuk melindungi berikutan kebimbangan yang wujud dalam baki sembilan perlawanan.

"Kita harus berhati-hati agar tidak tersalah langkah kerana jika kita melakukannya ia akan memusnahkan kehidupan kita. Ia akan mengorbankan nyawa dan kita tidak mampu untuk membayarnya," kata Barber.

Menjelang perbincangan esok, Watford, Brighton dan Aston Villa sekarang ini jelas menentang perancangan terkini.

"Tidak ada nilai kasih sayang dalam EPL. Terdapat 20 pasukan yang mempunyai kepentingan berbeza.

"Ada kalanya nampak seperti berpakat tapi selalunya tidak nampak seperti untuk melindungi antara satu sama lain.

"Disebabkan itu ada kelab yang gembira untuk menandatangani 'Projek Restart' kerana mereka mempunyai kelebihan dalam baki saingan liga.

"Ini bermakna Liverpool boleh muncul juara, pasukan lain dapat menempah slot ke saingan Eropah musim depan atau berpotensi untuk berjuang menempatkan diri dalam kedudukan selamat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Mei 2020 @ 3:29 PM