X
LACAZETTE tidak serik melakukan beberapa kesalahan sebelum ini. FOTO Agensi
LACAZETTE tidak serik melakukan beberapa kesalahan sebelum ini. FOTO Agensi
AFP

ARSENAL menegaskan mereka akan mengambil laporan ke atas penyerang, Alexandre Lacazette yang menyedut gas nitrus oksida dari sebiji belon dan cuba menangani perkara berkenaan secara dalaman.

Pemain kelahiran Perancis itu dirakam dengan sebiji belon berada di mulutnya dan mengakui ketika itu sedang menghantar video kepada rakannya untuk menyatakan bahawa dia sedang berada di rumah, sambil lepak dan meniup belon.

Lacazatte sebelum ini pada 2018 pernah menerima amaran selepas tersebarnya video dia dan rakan sepasukan, Mesut Özil, Matteo Guendouzi dan Pierre-Emerick Aubameyang menyedut gas berkenaan juga dikenali sebagai 'hippy crack' di kelab malam.

"Ini adalah perkara peribadi yang kami melihatnya secara serius. Ia akan diuruskan secara dalaman," kata jurucakap Arsenal.

Ini adalah kesalahan kali kedua dalam tempoh beberapa minggu dilakukan Lacazette, di mana sebelum ini dia dikesan melanggar perintah kerajaan berkenaan penjarakan sosial ketika menyerahkan keretanya kepada joki.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Mei 2020 @ 10:01 AM