BEBERAPA kelab gergasi Eropah selain Real turut memburu Haaland. FOTO AFP)
BEBERAPA kelab gergasi Eropah selain Real turut memburu Haaland. FOTO AFP)
Agensi

REAL Madrid mampu meningkat peluang mereka untuk menandatangani bintang Borussia Dortmund, Erling Haaland dengan hanya sekali perbincangan.

Sebelum perintah berkurung, Haaland berada pada prestasi terbaik apabila mendominasi Bundesliga dari segi jumlah jaringan.

Ini yang menjadi penyebab utama kenapa kelab di Eropah membabitkan lima liga utama sedang memburunya.

Salah satu pasukan yang dikaitkan dengan pemain kelahiran Norway itu ialah gergasi Sepanyol, Real Madrid.

Berdasarkan laporan Besoccer.com, Real sekarang ini sedang menyusun langkah untuk membuat penawaran terbaik bagi membolehkan Haaland terbang ke Bernabeu.

Ada sumber mendakwa masa depan Haaland mempunyai kaitan dengan pemain lain, Achraf Hakimi yang sekarang ini dipinjamkan Real ke Dortmund.

Pemain pertahanan itu dikatakan berjaya menarik minat Dortmund untuk memanjangkan tempoh pinjaman.

Kontraknya bersama Real akan berakhir hujung 2021 dan ada laporan mengatakan pencabar kejuaraan La Liga itu bakal menilai apa yang perlu dilakukan denganya.

Sekiranya Real membuat keputusan untuk tidak mahu lagi menggunakan khidmat Hakimi, mereka dapat memanfaatkan peluang menyambar Haaland.

Real dilaporkan berusaha keras untuk mendapatkan Haaland namun ia tidak mungkin akan berlaku hujung musim ini.

Sementara itu ejen Hakimi, Alejandro Camano, baru-baru ini baru saja bercakap mengenai masa depan pelangganya itu.

Menurut Camano, Hakimi adalah yang terbaik di posisinya dan mereka akan membincangkan masa depan pemain itu dengan Real.

"Kami akan kembali ke Madrid. Achraf adalah yang terbaik di posisinya," kata Camano.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Mei 2020 @ 2:09 PM